top of page
website photo hb-03.jpg

The Digital Footprint: Bukan Sekadar Data

Dalam kepantasan teknologi hari ini, setiap pergerakan di alam maya meninggalkan kesan yang lebih mendalam daripada apa yang disangkakan. Sama ada memuat naik gambar percutian, memberikan comment pada posting rakan, atau sekadar membuat carian di Google, sebenarnya membina satu identiti kekal yang dikenali sebagai Digital Footprint



Bukan sahaja data yang dikongsikan secara sengaja seperti pesanan di media sosial, e-mel, memuat naik video serta mengisi borang dalam talian, tetapi digital footprint juga termasuk data yang dikumpul tanpa disedari seperti alamat IP peranti, sejarah lokasi yang dikesan oleh  aplikasi dan juga cookies yang menjejaki tingkah laku carian. Secara ringkasnya, digital footprint adalah rekod atau data yang ditinggalkan oleh seseorang ketika melayari Internet yang dijadikan representasi identiti visual kepada dunia luar. 


Di Internet, butang delete tidak menjanjikan kehilangan data selamanya. Sekali sahaja data tersebar atau disimpan oleh pihak lain, sangat sukar untuk ditarik balik sepenuhnya. Akibatnya, maklumat yang terlalu terperinci seperti lokasi rumah atau butiran peribadi boleh disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan penipuan dan pencurian identiti.


Landskap digital kini sering memaksa pengguna untuk memilih antara kecekapan dan keunikan. Sama ada mereka hendak menghasilkan content pantas demi mengejar algoritma atau menjaga kualiti dan identiti mereka, kedua-dua perkara ini meletakkan tekanan yang tinggi terhadap pengguna untuk sentiasa menunjukkan diri di alam maya. Namun, mereka sering lupa bahawa setiap content yang dimuat naik ke media sosial akan menjadi sebahagian daripada sejarah digital mereka yang kekal. 


Tanpa kita sedari, digital footprint membawa impak yang nyata dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, dengan kemudahan media sosial dan Internet, syarikat korporat kini melakukan carian latar belakang digital sebelum mengambil pekerja. Don’t judge a book by it’s cover. Walaupun muak dengan peribahasa ini, ramai yang masih lagi menjadikan perkara yang kecil dan negatif sebagai cerminan imej seseorang dan perkara ini boleh menjejaskan reputasi serta kerjaya masa depan secara drastik.


Sebelum memuat naik sebarang kandungan di media sosial, pastikan kandungan tersebut melambangkan maruah dan menjaga jati diri dalam jangka masa panjang. Sebelum terlambat, lakukan carian nama sendiri secara berkala. Nilai semula content-content yang telah dipaparkan kepada seluruh dunia dan bersihkan kandungan yang tidak lagi relevan dengan imej profesional. Selain itu, jangan jadikan media sosial sebagai tempat melepaskan kemarahan atau emosi-emosi negatif. Jejak emosi yang sering menjadi red flag utama bagi syarikat, rakan, serta warga netizen ini harus diperlindungi demi menjaga imej diri daripada dunia yang kini mengimplikasikan cancel culture. Sama ada konten lama atau baru, kebanyakan artis dan influencer menjadi mangsa cancel culture disebabkan konten mereka yang membawa unsur negatif.


Digital Footprint adalah cerminan budi pekerti seseorang di alam siber. Sebagaimana kita memilih untuk tampil dengan fizikal yang segak, pastikan setiap jejak yang ditinggalkan di dunia digital kekal bermaruah, eksklusif dan membawa nilai positif kepada sesiapa yang menemuinya.


Comments


logo-hb-long_edited.png
  • Instagram
  • TikTok
  • YouTube
  • LinkedIn
bottom of page