top of page
Search

Era Jersi Lokal: Kebangkitan Fesyen

  • Asya
  • Feb 24
  • 2 min read

Jika kita lihat landskap fesyen jalanan di Malaysia hari ini, terdapat satu anjakan budaya yang sangat ketara. Jersi tidak lagi terhad di padang bola, gelanggang futsal atau aktiviti sukan lain dan kini telah menjadi staple piece dalam almari setiap peminat fesyen urban. Era jersi lokal ini membuktikan bahawa jenama tempatan mampu bersaing dari segi kualiti rekaan, pemilihan fabrik, dan impak penjenamaan sama ada antara satu sama lain atau dengan jenama antarabangsa.


Pakaian jersi sekarang tidak lagi tertumpu kepada fabrik jersi polyester biasa yang nipis. Jenama lokal kini mula bereksperimen dengan pelbagai jenis material seperti cotton, knitted, mesh dan juga silk untuk memberikan vibe yang berbeza. Jersi yang menggunakan material seperti 100% cotton knit memberikan sentuhan yang lebih premium dan lembut pada bahagian dalam, namun tetap nampak kemas di luar. Sebagai contoh, penghasilan jersi cotton dengan potongan dropped shoulder menaikkan rupa moden yang diminati ramai kerana sesuai untuk dipakai di mana-mana sahaja. Bagi yang mementingkan pengaliran udara, material high-breathability mesh menjadi pilihan utama bagi penghasilan jersi moden. Fabrik jenis quick-dry ini bukan sahaja selesa untuk cuaca tropika Malaysia, malah memberikan rupa paras athletic dengan penuh gaya.


Terdapat juga jersi-jersi yang mempunyai corak batik, menggabungkan elemen tradisional dan elemen moden untuk memasarkan produk mereka kepada khalayak yang lebih ramai. Selain itu, jersi yang sering menjadi pilihan bagi menarik minat generasi lebih muda adalah jersi grafik yang diinspirasikan daripada budaya varsity atau kelab sukan.


Sama seperti trend streetwear global, jenama-jenama lokal juga mengamalkan sistem pop-up atau online drop. Jersi tidak perlu dikeluarkan dalam kuantiti yang terlalu banyak secara berterusan, sebaliknya dilepaskan dalam koleksi terhad. Strategi ini membina komuniti yang sentiasa menantikan pelancaran terbaru.


Walaupun gaya itu penting, faktor keselesaan tetap menjadi keutamaan ramai. Kebanyakan jersi lokal masa kini menggunakan cutting yang longgar atau oversize untuk memastikan pengaliran udara yang lebih efektif. Potongan ini sangat versatile kerana sesuai untuk pelbagai bentuk badan dan juga mudah dipadankan dengan seluar kargo, denim, atau seluar pendek untuk menaikkan style berlainan mengikut keminatan masing-masing.


Namun, era baharu ini bukan sekadar trend sementara, tetapi satu evolusi dalam budaya fesyen yang mementingkan kualiti, keselesaan, dan identiti. Sama ada memilih jersi yang memfokuskan kepada kelembutan material yang selesa atau jersi yang menawarkan pengaliran udara tinggi untuk gaya hidup yang lebih aktif, kedua-duanya membuktikan kreativiti jenama tempatan berada di tahap yang membanggakan, di mana mereka berani mengatasi stigma jersi yang harus menggunakan material polyester.


Kenaikan penghasilan jersi oleh jenama lokal menjadikan bukti kematangan industri kreatif Malaysia. Ia bukan lagi sekadar pakaian sokongan untuk bersukan, tetapi simbol identiti dan kebanggaan kreativiti anak muda yang berjaya merapatkan jurang antara gaya sukan dan estetika streetwear dan juga daily wear. Dengan harga yang kompetitif dalam sekitar RM80 hingga RM170, jenama lokal menawarkan kualiti yang setanding dengan jenama antarabangsa sambil mengekalkan jiwa tempatan yang kuat. Ini menjadikan fesyen berkualiti tinggi lebih mudah diakses oleh komuniti kreatif tempatan. 


 
 
 

Comments


bottom of page