top of page
Search

Gentrifikasi “Bundle”: Estetika Baru atau Penindasan Budaya?

  • Asya
  • Feb 10
  • 2 min read

Dulu, sebut sahaja pasal bundle atau pakaian terpakai, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah timbunan baju di pasar malam, bau ubat gegat yang kuat, dan harga serendah RM5. Bundle merupakan port bagi mereka yang mahu bergaya tanpa perlu mengoyakkan poket. Ia adalah simbol counter-culture bagi mereka.


Namun, melangkah masuk ke era yang baru, bundle culture di Malaysia telah berubah secara drastik. Dari lorong gelap di Jalan Tuanku Abdul Rahman, kini budaya ini telah dipindahkan kepada curated boutiques yang berhawa dingin di kawasan elite seperti Bangsar dan Mont Kiara. Tapi, adakah ini satu evolusi, atau eksploitasi?


Sekarang, jenama-jenama besar mula menjual pakaian yang nampak “buruk” secara sengaja. Baju yang koyak-koyak, warna yang luntur (faded), dan potongan yang nampak vintage dijual pada harga ratusan, malah ribuan ringgit.


Apabila golongan atasan mula meminati gaya hidup golongan bawahan, harga pasaran akan naik dan akhirnya golongan asal yang lebih memerlukan pakaian murah ini tidak lagi mampu membelinya. Inilah yang dikenali sebagai “Gentrifikasi Bundle”. Mereka mengambil estetika “lama” dan menjadikannya sebuah simbol status bagi golongan elite.


There is a fine line between menghargai seni vintage dengan sekadar menyerupai demi mengikut fashion trend.


Di event seperti car boot sale atau pop-up store di pasar seni, kita dapat melihat komuniti yang sangat rancak, penuh dengan peminat tegar bundle atau otai bundle menghabiskan masa berjam-jam menyelam untuk mencari sehelai t-shirt 80-an yang mempunyai nilai. Bagi mereka, memakai baju bundle adalah soal kualiti dan jiwa. Namun, apabila jenama besar mengeluarkan koleksi  reworked atau vintage-look secara besar-besaran dengan harga yang tidak masuk akal, perkara ini menjadi topik perdebatan tentang asal-usul budaya itu.


Ketika pakaian bundle dan vintage menjadi terlalu korporat, it loses its meaning. Hilanglah kepuasan yang kita dapat daripada mencari harta karun di timbunan baju yang berharga  RM10.


Tetapi, walaupun harga pakaian vintage meningkat, trend ini secara tidak langsung mempromosikan gaya hidup slow fashion. Golongan muda zaman sekarang yang lebih sanggup membeli baju terpakai (walaupun mahal) berbanding fast fashion murah, dapat mengubah stigma negatif masyarakat terhadap barang second-hand. Ia bukan lagi sesuatu untuk dimalukan.


Kenaikan harga juga merupakan tanda bahawa pasaran vintage di Malaysia semakin naik. Seperti pasaran seni, barangan vintage yang mempunyai nilai sejarah atau rarity kini dinilai dengan lebih tinggi. Ini memberikan pengiktirafan kepada barangan lama sebagai investment dan meletakkan Malaysia di dunia vintage fashion bersama Tokyo dan London.


Tiada salahnya untuk mengikut trend demi estetika dan tiada salahnya juga bagi jenama-jenama besar yang ingin bereksperimen dengan gaya vintage. Namun, janganlah kita lupa bahawa asal budaya bundle adalah sustainability dan affordability.


 
 
 

Comments


bottom of page