Perlu ke Founder Jadi Famous? – Kalau Buat Taik, Bisnes Pun Ikut Busuk!
- Sharil Tarmize

- Jan 21
- 2 min read
Baru-baru ini industri pakaian tempatan dikejutkan dengan satu video viral berkenaan insiden ‘road rage’ yang melibatkan seorang co-founder dan pengarah urusan sebuah jenama streetwear tempatan. Dalam video tersebut, individu itu dilihat mengejar dan menghalang laluan sebuah kereta menggunakan sebuah kereta mewah di tengah jalan raya hanya kerana dibunyikan hon. Kenapa kena hon? Sebab dia berdiri di tengah jalan, betul-betul di hadapan kedai jenamanya sendiri.
Akibat insiden itu, pihak syarikat mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa individu berkenaan digantung tugas serta-merta dan menyifatkan kelakuan tersebut bercanggah dengan nilai jenama mereka. Netizen pula macam biasa, tak lepaskan peluang. Ada yang kata ini semua marketing stunt murahan.
Lepas video tu viral, syarikat tersebut ada buat giveaway sebagai tanda terima kasih kepada komuniti yang masih menyokong mereka. Individu terbabit pun dah minta maaf secara terbuka. Tapi kita kena jujur, the damage has been done. Nama brand pun dah terpalit. Confirm lepas ni staff syarikat tu kena kerja lebih keras untuk cuci imej yang rosak hanya sebab satu perangai bodoh.
Dari situ timbul satu soalan besar. Dalam bisnes ni, wajarkah pemilik syarikat ke depan dan jadi famous?
Kalau tengok beberapa founder tempatan yang berjaya, satu Malaysia dah kenal muka dia, suara dia, dan produk dia. Ada yang dari jual sambal, sampai dah berjaya buka restoran sendiri. Nampak macam berbaloi untuk founder jadi famous kan? Memang boleh jadi aset besar untuk company. Marketing jadi lebih mudah dan murah sebab founder sendiri boleh bagi ROI yang iklan puluh-puluh ribu ringgit pun belum tentu dapat.
Tapi masalahnya, ramai founder cuma tengok sisi manis, lupa sisi gelap. Bila kau jadikan diri kau public figure bisnes, hidup peribadi kau memang dah bukan 100% peribadi. Kau boleh kata, “Itu hal personal aku.” Tapi kau ingat orang peduli? Sekali kau buat silap, orang bukan setakat kecam kau, orang boikot brand kau. Kes viral ni contoh paling mudah. Bila kau buat hal bodoh, satu negara judge the whole company.
Kalau terlalu bergantung pada founder pun susah juga. Semua marketing, semua awareness, semua emosi pelanggan bertumpu pada satu muka. Bila founder kena cancel, brand lumpuh. Bila founder buat silap, brand ikut terbakar. Kalau tengok betul-betul, ini bukan strategi bisnes yang sihat. Ini dah serupa timing bomb.
Jadi, wajarkah founder jadi famous? Boleh, tapi tak wajib, dan bukan untuk semua orang.
Dalam dunia hari ini, bisnes bukan sekadar jual produk. Tapi kau kena jaga imej, nilai dan perangai orang di belakang tabir juga. Founder yang famous boleh naikkan brand, tapi founder yang bodoh pun boleh hancurkan brand sepuluh kali ganda lebih cepat.
Nak jadi wajah utama bisnes sendiri? Pastikan muka itu layak dipertahankan bila krisis datang. Kalau tak, lebih baik kau diam dan biar produk kau yang bercakap. Sebab bila founder buat taik, bau dia melekat kat company




Comments