top of page
Search

Kebangkitan “Community Pop-Up” yang Mengubah Wajah Retail Malaysia

  • Asya
  • Feb 16
  • 2 min read

Tiba sahaja hujung minggu, satu sahaja yang semua berfikir: lepak shopping mall. Dari Mid Valley ke Pavilion, pusat membeli-belah dulu merupakan “syurga” yang menawarkan segalanya di bawah satu bumbung dan yang paling penting, ada aircond. Tetapi, satu anjakan drastik telah berlaku. Lorong-lorong mall yang luas kini mula menjadi sunyi, manakala acara community pop-up seperti MAA.KET atau pasar gadis dan ruang kreatif seperti The LINC KL dan Central Market di Pasar Seni pula diserbu lautan manusia.


Bagi generasi zaman sekarang, aktiviti membeli-belah bukan lagi untuk mencari barang keperluan sahaja, tetapi untuk mencuci mata dan juga meluangkan masa. Jenama lokal kini tidak lagi ingin menandatangani kontrak sewa premis selama tiga tahun di mall besar. Kos yang tinggi bagi sewa, elektrik, dan kakitangan tetap sering membunuh kreativiti dan margin keuntungan jenama kecil. Apatah lagi dengan setiap layout yang lebih kurang sama, orang ramai tidak lagi setuju dengan pembangunan shopping complex baharu yang akan turut diabaikan.


Sebagai ganti, mereka beralih kepada Drop Culture. Jenama-jenama lokal seperti TNT Co. dan SVG Worldwide tidak lagi memerlukan rak yang sentiasa penuh untuk menjalankan sales. Mereka hanya perlukan satu lokasi pop-up yang unik dan koleksi-koleksi mereka akan habis dijual dalam masa beberapa jam. Malah ada lagi cara yang lebih senang iaitu Online Drop (menjual di laman web). Strategi ini bukan sahaja menjimatkan kos tetapi membina satu komuniti perniagaan yang lebih mudah, pantas dan menjimatkan kos.


Budaya pop-up ini menawarkan elemen treasure hunt di mana pengunjung mencapai suatu kepuasan apabila berjaya mencari booth yang tersembunyi atau barang rare. Perasaan "I was there" dan "I got it" itu adalah harta yang jauh lebih berharga daripada sekadar beg plastik dari butik mewah.


Acara seperti ini juga dapat membina hubungan erat dalam komuniti, di mana pembeli berpeluang untuk berbual dengan designer serta founder bagi jenama-jenama besar atau kecil. Inspirasi di sebalik koleksi, customer feedback, hala tuju masa depan dan juga cadangan bagi koleksi seterusnya dapat dibincangkan dengan tiada wujudnya jarak antara pembeli dan pemilik. Malah, muncul juga peluang untuk bertemu dengan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama.


Adakah ini bermaksud shopping mall akan lenyap sepenuhnya? Semestinya tidak. Shopping mall akan sentiasa penuh kepada yang ingin mencari barang keperluan dan jenama global. Namun, untuk budaya, identiti, dan gaya hidup, masa depannya terletak di tangan acara pop-up


Ruang-ruang ini membuktikan bahawa retail bukanlah sekadar transaksi duit dan mendapatkan barang, tetapi melibatkan sebuah komuniti yang mahukan sesuatu lebih bermakna daripada rak baju yang kaku.


 
 
 

Comments


bottom of page