The #2016 Throwback
- Asya
- Jan 30
- 2 min read
Updated: Mar 16
Pejam celik, tahu-tahu sudah masuk tahun 2026. Namun apabila kita scroll di TikTok atau Instagram feed sekarang, muncul rasa nostalgia seolah-olah diteleport semula kepada sepuluh tahun yang lepas. Yes, the #2016 aesthetic is back with a vengeance, dan industri fesyen kini sedang menggila dengan nostalgia wave.
Masih ingat lagi zaman ketika sneaker culture baru meletup? Ketika semua ingin menjadi Kanye West atau Kylie Jenner? Percaya atau tidak, vibe itu sekarang telah menjadi trend dalam kalangan Gen-Z. Ini bukan sekadar throwback thursday biasa. Ini merupakan trend yang sedang mengubah cara brand-brand besar memasarkan produk mereka dan juga cara kita berbelanja. Fenomena “2016 Core” ini memberi impak yang sangat besar kepada industri fesyen yang sentiasa berusaha untuk menampung customers demands.
Industri fesyen tidak buta. Mereka peka dengan current trends dan menggunakan data untuk menaikkan sales. Sekarang, di kedai-kedai fast-fashion, mereka sudah menjual semula pakaian “outdated” seperti skinny jeans, band t-shirt, tour merch, snapbacks dan bomber jacket. Malah, estetika loud dan military-inspired yang pernah dipopularkan oleh local giants seperti Nerdunit dan Stoned & Co. pada tahun itu, kini kembali diburu untuk mencapai feel nostalgia. Walaupun dulu dianggap cringe kerana terlalu mainstream, helaian ‘OG’ dari brand-brand ini sedang naik semula dan sekarang dilihat sebagai vintage classics.
Bagi ramai orang muda (terutamanya yang berusia mid-20s), tahun 2016 mewakili satu era sebelum pandemik dan huru-hara kehidupan bermula, atau lebih dikenali sebagai simpler times. Pada zaman di mana Instagram feed perlu cantik, Snapchat filter sedang mendunia dan muzik trap semakin naik, ramai yang menjadikan era itu comfort zone mereka selepas memasuki the real world.
Masih ada lagi yang tertanya-tanya: Adakah kita perlu mencari semula pakaian lama demi mengikuti trend hangat sekarang?
Terpulang. Fashion is a cycle. Pakaian yang pernah nampak 'basi' atau cringe dulu boleh menjadi fresh dan trendy semula. Namun, mengikuti trend tidak bermaksud menirunya bulat-bulat. Salah-satu sebab fashion trend menjadi hangat semula walaupun bertahun-tahun sudah lalu, adalah evolusi gaya pemakaian, styling mengikut cara masing-masing dan yang paling penting, confidence. Fenomena “2016 Core” ini sebenarnya menjadi suatu peringatan: Nothing is ever truly gone. Antara buktinya – kalangan Gen-Z yang minat up-cycling atau “re-fash” pakaian-pakaian lama. Kebanyakan daripada kalangan Gen-Z juga lebih suka memakai pakaian, beg dan juga aksesori milik ibu, bapa, atuk dan nenek mereka untuk membawa kembali era 80 dan 90-an.
Kepada yang merindui zaman dengar lagu Love Yourself dalam kereta sambil memakai topi 'Lansi' dari The Swagger Salon atau tee grafik Pestle & Mortar Clothing (PMC) yang klasik, enjoy the moment. Dan kepada yang menyimpan lagi koleksi lama seperti Bonia, Padini dan Fung Keong (FK) sneakers, hold onto them. Dunia mungkin berubah dengan laju tetapi sekurang-kurangnya pakaian boleh membawa kita balik kepada masa yang lebih tenang. Welcome 2026, and welcome back 2016!




Comments